Saturday, September 22, 2012

Cara-cara menunaikan solat sunat hifzi

Asalamualaikum . Sekadar ingin berkongsi ilmu tentang cara-cara menunaikan solat sunat hifzi yang dikhaskan untuk menghafaz.

Cara-caranya :
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUK..(Tabarakal lazii..)
8. Setelah selesai solat,bacalah doa

Jika ingin keterangan lanjut, rakan-rakan boleh lah beli buku HIMPUNAN SOLAT SUNAT ye ! ataupun layari laman web dan search tentang solat sunat hifzi ;D Nak seribu daya taknak seribu dalih! :)

Thursday, May 17, 2012

Hari Nakba

Asalamualaikum sekalian manusia :) Harap anda sihat-sihat belaka dan berada dibawah perlindungan ALLAH S.W.T. yang Maha Esa . Kita nak bercakap pasal hari nakba . apakah itu hari nakba?.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Nakba



Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnyamandat Britain di Palestin pada tahun 1948.[1][2] Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.
Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat[3] dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan[4]. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab.[5] Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003)[6] dan bandar raya New York (2004).[7]





Ribuan warga Palestin melakukan perarakan di kota-kota Tebing Barat menjelang "Nakba Day" yang menandai peringatan ke-63 tahun terusirnya warga Palestin dari rumah mereka oleh pendudukan Israel.Pengunjuk rasa di Beit Lahm (Betlehem) mengibar-ngibarkan bendera Palestin dan sebuah kunci raksasa sebagai simbol optimisme mereka untuk pulang juga dibawa dalam perarakan tersebut.

Sementara itu, di Gaza City, ratusan anak-anak ambil bahagian dalam perarakan sambil memegang plakat dengan nama desa-desa dan kota-kota yang secara paksa diambil alih oleh penjajah Israel pada tahun 1948.

Palestin melakukan aksi mengacu pada tanggal 15 Mei 1948 sebagai "Hari Nakba" atau hari bencana. Pada tahun itu, pasukan Israel membuat sekitar 700,000 orang Palestin terusir, memaksa mereka untuk lari ke negara-negara tetangga yang berbeza.

Para tentera Isreal menghapus hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta, menyebabkan perkiraan total 4.7 juta pelarian Palestin terpaksa bermimpi untuk dapat kembali ke tanah air mereka selama lebih dari enam dekad kemudian.

Sementara itu, pihak penyelenggara aksi mendesak adanya perarakan besar pada hari Jumaat dan Sabtu dan mengatakan bahawa "perarakan damai ini akan diadakan untuk menuntut hak natural bangsa Palestin untuk kembali ke tanah air mereka."

sumber : eramuslim

-Diatas ini adalah sedikit tentang hari nakba yang saya dapatkan dari sumber internet-


Post kali ini nak meminta kerjasama anda agar anda semua menukar default profile picture anda atau twitcon twitter anda kepada gambar kecoklatan seperti yang terdapat di bawah ini : 


Jika ingin yang lebih lanjut bolehlah kesini ---> Rintihan Seorang Hamba 

Sekian , terima kasih . Asalamualaikum :)